Assalamualaikum dan salam ukhwah, selamat datang ke blog Muslimah Beauty

Wednesday 7 May 2014

SEJARAH PERNIAGAAN

Muslimah Beauty ditubuhkan pada 1 oktober 2009 di atas nama Siti Zubaidah Binti Mat Isa merupakan syarikat persendirian milik penuh bumiputera. Muslimah Beauty satu-satunya syarikat di kawasan ini yang menawarkan perkhidmatan salun rambut, rawatan muka, rawatan badan (Spa) dan rawatan bekam sunnah khusus kepada wanita muslimah sahaja.


Perniagaan ini dirancang untuk memberi  ruang dan pilihan kepada wanita muslimah yang ingin mendapat perkhidmatan salun rambut khususnya  bersesuaian dengan tuntutan agama agar memelihara aurat sekaligus menjadi fardhu kifayah.


Tuesday 6 May 2014

PENGALAMAN

Pengurus syarikat dan kakitangan mendapat latihan dari beberapa  institusi swasta dan kolej komuniti yang mempunyai perakuan sijil yang sah dalam bidang kecantikan, salun rambut dan spa. Sebelum perniagaan ini ditubuhkan, pengurus tidak pernah bekerja di mana-mana kedai salun dan tidak pernah mendapat pengalaman dalam bidang ini. Namun, dengan semangat dan usaha yang gigih disamping mendapat nasihat dari tenaga pengajar dari institut latihan, perniagaan ini mampu berkembang maju dan memberi perkhidmatan yang terbaik selama 5 tahun sehingga kini.